BN kini dilihat sudah kembali menemui momentum sebagai parti pemerintah. PAS, PKR dan DAP masih meniti dibatas yg berlukah. Mudah ke bagi parti ini menemui rentak walaupun dakapan mereka bernada retorik antara Nik Aziz, Kit Siang, Karpal Singh, Anwar Ibrahim dan Guan Eng.
Kenapa Presiden PAS Hj Hadi Awang sekadar menutup mulut apabila setiap bicara yg bertentangan dgn dasar PAS oleh Nik Aziz hanya mengambil sikap pak turut. Malah mereka tergamam apabila Nik Aziz dicucuk hidung oleh pemimpin chauvanis dari DAP dan PAP.
Apakah pemimpin-pemimpin PAS sedar bahawa Nik Aziz dilihat bersikap 'Kaduk Naik Junjung' terhadap Presiden parti. Dimana perginya ulamak-ulamak PAS seperti Harun Taib, Harun Din, Mustafa Ali, Nasaruddin Mat Isa, Hassan Ali dan lain-lain. Takkan tidak nampak kepincangan ini. Penyokong dibawah pun sedang menilai hala sokongan mereka.
Melihat iklim politik terkini, rakyat sudah mempunyai pemikran yg matang. Kefahaman agama sangat tinggi bukan lagi pemikiran seperti katak dibawah tempurung. Era mengkafir penyokong UMNO sudah lapuk. Hanya tinggal segelintir sahaja saki baki penyokong PAS yg masih taksud dgn idealogi tersebut.
Beberapa PRK sudah jelas memihak kepada BN. Malah kerusi PAS di Galas pun sudah menjadi milik BN. Di Tenang pun rakyat sangat tenang mengundi BN. Kini di Merlimau dan Kerdau pun telah menunjukkan cahaya kemenangan. Jadi kemana hala tuju PAS selepas ini?
Kembalilah ke perjuangan asal. Sebagai sebuah parti altenatif orang Melayu lupakan bersahabat dgn DAP. Tinggal lah Kit Siang, Guan Eng dan Karpal Singh. Anwar Ibrahim akan mencipta sejarahnya sendiri.
Cukup lah setakat Melayu Pulau Pinang menangis. Wahai PAS sedarlah tuan-tuan lah yg bertanggung-jawab Melayu Pulau Pinang diusir dari bumi sendiri. Mari bersama kita memartabatkan Islam dan Melayu. Wallahhuallam bissawat...
No comments:
Post a Comment